konspirasi Teoh Beng Hock

Friday, November 20, 2009

warna kehidupan ku

sepanjang minggu terbelengu dengan macam2 cabaran dan dugaan. semata-mata untuk menuju kehidupan yang lebih baik. untuk belajar dan mengetahui diri masing-masing dan dalam proses transformasi ini kita harus banyak sabar. aku akan cuba untuk berubah. segala dugaan yang lepas aku akan buang dalam diriku. aku berjanji pada diriku dan kau yang aku pasti berubah. inilah janji-janji ku. insyalah.

kerja ditempat baru ku nampak okay. semua staf-staf pon nampak okay. semalam ada meeting pertama dengan deputy ceo unit aku. nampak memeransang juga. dia banyak menanya aku idea-idea baru produksi untuk unit ini. aku ada proposed satu projek video. nempak dia suka. dia suruh aku buat sipnosis dan write-up tentang video ini. yang aku paling tak sangka dia nak beri aku sebuah laptop untuk kegunaan harian. mesti lah aku pilih macbook pro. idaman aku sejak lama. alhamdulilah diatas kepercayaan dia pada aku. aku berjanji akan beri segala pengalaman yang aku ada pada mereka.

harap angah dan ajun dapat bantu abah dalam video ini.

Sunday, November 15, 2009

hantumalamm

hahahahah ko kena bg mkn brg busuk bagi ko gado dgn bini muda ko.bini muda ko dh kena buat pdn muka dia puas hati kami.ko pn sama bodoh dgn bini muda ko.ko suka crite hal bini ko kat bini 1 ada skit masalah cite.kami tepuk tgn ko cerai dgn bini muda ko.bini tua ko senang hati biar kami org main atr mail pd bini muda ko.senang ati aku ko cerai . hahahah dasar org tua xingt lagak org muda.padan muka bini muda ko.aku doa ko masuk neraka org tua.ko xaman idup kalu ko menipu.dosa ko berlambak masa muda.aku nk cerita pd bini muda ko pasal ko masa muda dn perangai ko masa tua.

>>> biar orang menfitnah kita...berdiri teguh kuat iman dan ikatan kita...tempuhi dugaan ini dengan tabah.

Sunday, October 11, 2009

lama sungguh tak update entry baru. rasa malas pon ada. mungkin takde bahan kot. minggu lepas kawan aku call ada keje install telepromter di lokasi shooting TVC. pukul 5am crew call. dari rumah pukul 4.30am aku bertolak ke jalan gurney. pukul 5am aku sampai ke passion pictures production house. semua crew dah sedia. 5 buah van dan menunggu. aku fikir shooting biasa-biasa jer. tepat 5.30 kami bertolak ke UPM lokasi pertama. sampai ke lokasi dalam pukul 6.30am. aku nampak khemah. aku ingat disitu lah tempat shooting...rupa2nya khemah breakfast. depa suruh aku breakfast dulu. masa aku mentelaah sarapan aku nampak beberapa buah lori masuk satu lorong. dalam hati aku ni mesti shooting project besar. ramai crew2 pelbagai level sarapan. aku tak kenal seorang pon. tapi dalam hati aku dapat meneka apa perkerjaan mereka. sambil menghayati sarapan datang seorang mamat bagi aku score sheet. aku ingat dia mesti PM sebab dia sungguh busy. aku perhatikan score sheet...penuh detail. dari list peralatan barangan, list crew2 yang terlibat sampai ke storyboard ada didalamnya. kali pertama pengalaman aku lihat serupa ni. baru aku tahu ni project TVC NOKIA. teraju utama dari director, DOP, semua matsaleh. aku belum jumpa mereka lagi hanya nama tertera dalam score sheet.

tiba2 aku dipanggil masuk ke tempat lokasi. aku lihat beberapa crew sedang memasang crane. ada yang pasang kamera. bukan video tapi filem kamera. masing2 dengan profesionalism mereka. mereka tahu apa nak buat. shooting bermula pukul 9am tapi depa dah mula set peralatan 2 jam sebelum. pukul 8 sampai director dan dop. mereka mula buat rehearsal. cari momentum crane, framing untuk talent, lama gak depa cuba macam2. berbincang sama2 mereka. bila semua perfect baru talent masuk dalam frame. mulalah sessi penggambaran. sunggunh professional. masing2 tau kerja masing2. senangkan camtu. director pon tak pening kepala nak tahu pasal setting prop. setting kamera ker...dia hanya concentrate direction jer. dop pon selalu ber iringan dengan director masa tu. director tak perlu nak bangun pergi ke kameraman atau pergi bising2 kepada crew crane. dia hanya duduk tempat dia jer. memang professional. nilah pengalaman aku yang pertama berada di lokasi TVC. tahap aku pernah buat shooting aku rasa ciput jer. aku rasa diri aku kecil yang teramat. aku rasa pengalaman aku selama 20 tahun dalam bidang ini sungguh kecil. aku patut belajar lagi dari mereka. menyesal tak bawak kamera. telefon pon bateri abis. gambar ni last sebelum bateri abis.

tahap profesionalism mereka memang tinggi. masing2 dengan kefahaman sendiri. dari asst cameraman...audioman dengan peralatan sendiri...art department dengan crew2 pengalaman...lighting team dengan peralatan mereka...aku kagum melihat suasana itu. sungguh lancar. apa yang di pinta pasti ada. pasti mereka cari dan pasang. takda kata barang tertinggalah...barang takdalah...semua cukup...director pon tak stress. sampai sekarang aku terbayang2 suasana itu. aku rasa kalau boleh aku nak bersama mereka lagi. aku nak belajar cara mereka. tak puas aku rasa berada satu hari bersana mereka. banyak lagi aku nak kongsikan tapi cukuplah buat masa ini. aku nak pesan kepada sapa2 yang nak mencemburi dalam industri ini pergilah belajar dengan mereka ini. ambil peluang pergi melihat dan belajar. jika ada shooting untuk TVC dan kalau ada peluang bersama mereka...pergilah. tak rugi......

Monday, September 28, 2009

SOME DIFFERENCES BETWEEN MEN AND WOMEN

* A man will pay $2 for a $1 item he wants. A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn’t want.

* A woman worries about the future until she gets a husband. A man never worries about the future until he gets a wife.

* A successful man is one who makes more money than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man.

* To be happy with a man you must understand him a lot & love him a little. To be happy with a woman you must love her a lot & not try to understand her at all.

* Married men live longer than single men - but married men are a lot more willing to die.

* Any married man should forget his mistakes - there’s no use in two people remembering the same thing.

* Men wake up as good-looking as they went to bed. Women somehow seem to deteriorate during the night.

* A woman marries a man expecting he will change, but he doesn’t. A man marries a woman expecting that she won’t change & she does.

* A woman has the last word in any argument. Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

* There are two times when a man doesn’t understand a woman - before marriage & after marriage.

salam aidilfitri

allahuakbar...allahuakbar...allahuakbar...walilah ilham...
dah seminggu hari raya baru sempat nak mengucapkan dalam blog. hari raya tahun ini aku raya di rumah. tak raya di kampung bersama bonda tersayang. tahun ini aku cuba raya dengan kedua2 famili aku. rasa gembira kerana semua berada disisi ku walaupon masa aku berbagi dua. mungkin ada yang terasa masa dengan mereka tak cukup...aku mintak maaf. ni lah pertama kali dalam hidup aku tak balik kampung. sedih jugak aku rasa kerana tak jumpa bonda pada hari raya. aku tabahkan hati. aku korbankan untuk kedua2 famili aku. rasa okey jugak. aku sedaya upaya membahagikan masa untuk mereka. dalam masa itu ada yang tak puas hati. memang begitulah selalunya kalau taknak faham apa yang kita lalui. aku tetap bersabar.

dalam kegembiraan menyambut aidilfitri yang mulia aku dikejutkan dengan perasaan sungguh hiba. aku menangis. aku bagaikan taknak hidup lagi. aku nak lari jauh dari kenyataan hidupku. aku taknak menyusahkan orang lagi. aku taknak lukakan hati orang lagi. aku jadi merajuk. merajuk yang susah nak dipujuk. kenapa aku jadi camni? mungkin aku sayang pada orang dan tak sanggup kuatkan pendirian ku. itulah aku. tak pandai berpura-pura. ikhlas pada semua yang aku buat. dan aku akan teruskan kejujuran aku sampai aku pandai berbohong. kalaulah mereka hendak aku berpura2 dan berbohong.

aku kesempatan balik kampong pada hari jumaat malam. sebelum bertolak aku singgah rumah abangku di taman kenari kajang. hampir setahun tak berjumpa dengannya sebab dia berkerja di ganu. sebelum sampai rumahnya aku lalu ikut jalan bangi ke kajang. berdebar2 hatiku bila sampai di restoren YUS. tiba-tiba je hati ku berdebar. teringat aku ni lah tempat pertama aku bawa dia bfast. kali pertama kita berjumpa. terasa rindu pulak. melayang2 peristiwa yang teruja dimasa itu. alangkan bestnya kalau di ulangi babak2 itu. entah aku pon tak pasti ia akan berulang lagi.

dapat aku berjumpa bonda tersayang. peluk cium tanda kasih. aku rindu bonda aku. dia tak sehat. kakinya bengkak. kesian tengok dia. kurus badannya. kali ni aku berjanji selalu menjengok dia. insyalah.

kepada anak-anakku semua "SELAMAT HARI RAYA" maaf zahir batin.

Saturday, September 5, 2009

superman

dalam satu scene superman dia pusing dunia kebelakang. bila dia pusing dunia masa pon berpusing kebelakang. superman nak selamatkan girlfren dia mati kena tembak. dia pusingkan dunia sampai ke masa sebelum gfren dia kena tembak. tu lah hebatnya superman.

aku pon nak jadi macam superman. dapat aku pusing dunia ini ke belakang. pusing masa ke belakang. betul-betul dimasa aku hepi...tenang...tak banyak berfikir...tak banyak menyusahkan orang...tak banyak hancurkan hati orang...tak dituduh kaki pukul...tak adil pada orang...

masa yang aku akan pusing tu adalah masa aku tak ada masalah. aku bebas nak kemana. masa aku banyak walaupon aku banyak keje. hati tenang selalu. aku inginkan masa itu. aku nak mula semula masa itu.

harap superman menjelma dalam diriku. akan ku terbang ke ruang universe dan pusing dunia ini ke belakang masa yang ku katakan tadi.

Friday, August 28, 2009

soal hati

kita masih berbicara soal hati. masih bertelagah soal perbuatan. perbuatan yang terlarang. perjanjian yang kita telah sepakat. garis panduan yang dilarang telah diputuskan. jangan ulangi dan jauhi dari perkara yang telah dijanjikan.

kita bertelagah lagi. perkara yang diulangi. hati terguris. hati menjadi panas. hati bagaikan mencakar urat-urat jantung bila perbuatan terlarang diulangi. masa tu kita dah takada pertimbangan akal. akal yang normal melonjak keluar ke kulit kepala. seluruh fisikal terikut-ikut lonjakan akal yang dah tak normal. kadang-kadang bila kita fikir masa itu kita menjadi takut. takut akan berlaku kejadian yang tak di ingini tanpa sedar. ya allah tenangkan lah hati kami bila berlaku saat begini.

kita sedar apa yang kita buat. sedar apa yang kita luahkan. sedar apa yang kita tak puas. sedar apa yang kita lalui bersama penuh dugaan. kita juga sedar semua yang berlaku hanya lah perbuatan kita sendiri. kita yang menilai diri kita.

ingatlah pesanan yang telah di gariskan. jangan sesekali langkah garis panduan yang telah diberi. kotakan dalam hati. fikir dahulu sebelum berkata. buat selalu sebagai amalan hidup untuk kita. semoga allah restui perhubungan kita.

3.35am - jumaat

Wednesday, August 19, 2009

karektor aku mengikut zodiaq - Aquarius

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

Monday, August 17, 2009

wajah baru tanpa misai

berubah hanya untuk sementara sebab tersilap cukur. terguna pisau tumpul. terkerat sebelah tak balance. terus cukur hingga licin. nak tunggu akar baru tumbuh sekata. mana boleh tak ada misai. Misai cari makan laaaaa....

Sunday, August 16, 2009

kehidupan yang bersendirian

hari jumaat lepas dalam jam 1.30am aku ke puduraya bas stesen ambil kakyong. masa menunggu ke reta aku park sebelah kedai berhampiran stesen bas. tiba-tiba aku terdengar suara laki2 bercakap kuat. tak dapat tangkap apa yang dia katakan. aku pon mencari kearah mana suara itu. nampak seorang berbadan lusuh. gelap badanmya mungkin tak mandi berapa tahun. rambutnya ala bob marley. berserabai tak pernah sikat. mulutnya tak henti2 cakap...menjerit...perasaan tak puas hati pon ada. tangannya menghayun mengikut rentak suaranya. lama jugak aku pandang gerak gerinya. dalam kepala aku berfikir dan hati ku berkata-kata.

bestnya jadi macam dia. hati tak susah. kepala tak berserabut. sakit demam sendiri yang ubati. aku rasa dia ni tak penah sakit. bangun pagi cari makan. pi kedai mamak pasti mamak bagi makan. makan sekadar kenyang perut. mandi...rasa air pon tak masuk dalam liang-liang kulitnya. air tak payah nak bayar. badan tebal dengan daki. penahan daripada serangan nyamok. segala serangga. kasut tak payah nak beli sebab tapak kakinya dah tebal dari tapak kasut. sungguh untung aku rasa dia ni.

aku berfikir kalau aku jadi macam dia okay jugak yer. otak tak payah fikir susah. redah jer kehidupan harian. tak pedulikan orang lain. dunia aku adalah dunia aku. dunia orang lain lantak la. hati pon tenang. susah dapat penyakit jantung. tak payah fikir esok apa nak buat. tak payah fikir sebulan nak jadi apa. yang dia tahu bila lapar makan. mengantuk dia tidor. hmmm alang bahagianya kehidupan camtu.

sambil aku memikir dan terus berfikir berdering fon. kakyong dah sampai. aku sambut kakyong ke kereta. dalam kereta aku tanya kakyong...best jadi macam orang tu. orang mana satu. tuuu yang cakap sorang-sorang tu. issshhh...cakap kakyong. aku kata bestlaa kakyong sebab dia tu hepi sentiasa. tak kacau orang. tapi kakyong protest. kata dia kehidupan dia tak seperti kita. kita serba serbi boleh buat. manalak hepi camtu. aku cakap kat kakyong itu dunia dia. dia hepi dalam dunia dia tapi dia boleh hidup dalam dunia kita. okay je dia tu. kakyong senyum. kami terus balik rumah. aku rasa kakyong berfikir apa yang aku cakap tadi. dalam kepala aku pon masih memikirkan orang tadi.


kesyukuran

lama jugak tak update blog ni. sibuk dengan hal rumahtangga. chet sana chet sini. biasalaaa tapi kena juga mengatasi masalah2 yang timbul. pujuk memujuk. kesabaran penting. pendirian pon penting dan keputusan penting jugak. harap masa-masa depan akan ku lalui dengan tenang. harapan aku masing-masing faham peranan dan tanggungjawab untuk terus hidup. harap-harap camtu lah....

yang kedua sibuk aku dapat 2 job video serentak. sibuk gak. dapat siapkan dua2 video tu dalam masa seminggu. alhamdulilah rezeki datang serentak. bersyukur pada illahi.

Sunday, July 26, 2009

yasmin ahmad update

alfatihah...yasmin ahmad telah kembali ke rahmatulah pada jam 11.25pm sabtu. semoga rohnya di rahmati allah.

Saturday, July 25, 2009

TBH vs BN

semua mengfokus kepada isu kematian TBH. SPRM adalah punca kematian ini. macam-macam helah nak disorok. polis malaysia pon nak sorok bukti. nyata PM pon merasa takut. TPM pon rasa gusar. KPN pon asyik warning rakyat jangan campor tangan dengan isu ini. macam-macam kaedah telah pon terbongkar dalam setiap blog. hampir semua blogger cerita pasal terajidi TBH. kesian TBH. jadi saksi SPRM pon boleh mati. sekarang ni sapa pon takut nak mengaku. sapa berani kan mengaku bunuh orang. PM pon tak berani. masih nak cover SPRM. rakyat mintak suruhanjaya diRaja menyiasat pembunuhan TBH. PM setuju tapi siasat salahlaku SPRM bukan siasat akar umbi sapa dan bagaimana TBH mati. PM melantik majistret menjalankan inkues kematian TBH. bidang kuasa majistret tak sekuat kuasa polis. majistret hanya mencatit dan merekod kejadian saja. nampak tak ada yang tak kena. kalaulah PM sendiri nak cover up kes ini...TBH mati katak lah nampaknya.

kesian TBH. kesian bakal bininya. kesian bakal anak yang akan lahir kemudian. kesian pada maknya. kalaulah hantu TBH boleh jadi PI (private investigator) kan best. mesti terbongkar kes ni. semua orang yang bersubahat akan jadi hantu gak. macam citer hantu dalam movie. semua yang subahat mati dibunuh oleh hantu TBH.

susah rakyat nak percaya kredibiliti kerajaan sekarang. susah. kita tunggu sajalah keputusan siasatan. sapa yang benar dalam episod kali ini.

bacalah CSI finding dalam blog http://rights2write.wordpress.com/

yasmin update

yasmin ahmad masih critical. masih koma. masih lagi mengunakan mesin oksijen untuk hidup. marilah kita berdoa supaya dia cepat sembuh.

Friday, July 24, 2009

yasmin ahmad kena stroke

Yasmin Ahmad masih koma. dia kena stroke dan pendarahan otak. ini kali kedua dia kena stroke. selepas surgery dia stabil tapi dalam keadaan kritikal.
marilah kita sama2 berdoa agar dia cepat sembuh. baca lah banyak2 yassin untuknya....

Monday, July 20, 2009

sambungan hati seorang perempuan

video

hati seorang perempuan

video

babak 1

short movie by fazleena hishamuddin

Saturday, July 18, 2009

sambungan kapal kertas

video

babak 3

short movie by fazleena hishamuddin

sambungan kapal kertas

video

babak 2

short movie by fazleena hishamuddin

kapal kertas

sampai masa aku uploadkan semua short movie yang aku edit. semua karya dari fazleena. menontonlah dulu.


video

babak 1

short movie by fazleena hishamuddin

Saturday, July 11, 2009

rezeki jangan tolak dan maut jangan cari

"rezeki tuhan dah bagi tu ambil jer"... jangan fikir yang negatif. jangan ikut hati. itu adalah amalan aku sejak dulu. apa kerja2 yang aku dapat pasti aku tak menolak. biar kerja sampai pagi...sampai tak makan...pasti aku buat. semua kerana duit dan kepuasan. duit untuk makan. kepuasan untuk hati. aku tak akan sia-siakan rezeki yang datang. apa kerja yang aku anggap tak merugikan pasti aku buat. aku tak akan fikir rugi atau kerja yang sia-sia. aku positifkan diri. berani berisiko. pasti berjaya jika otak aku fikir yang positif.

minggu ini aku dapat lagi satu job dari MPOB. video promo. aku terus ambil job ini. walaupon paymentnye lambat bayar. modal aku terpaksa tanggung dulu. duit minyak berulang alik ke MPOB aku tanggung dulu. aku tak kesah sebab aku tahu itu rezeki tuhan bagi. berdosa aku jika menolak rezeki yang tuhan bagi walaupon bayarannya 10sen. itu adalah rezeki.

perpatah pernah berkata: "rezeki jangan tolak dan maut jangan cari"

Monday, July 6, 2009

Kisah Janda Yang Nakal

Tersebut kisah sorang janda yang dah 2kali bersuami. bercerai dengan suami yang pertama sebab suaminya tu yang suka memukul dan mendera. sementara suami ke-2 pulak walau pada mulanya bahagia tapi akhirnya suami tu menceraikan dia dan kahwin dengan pompuan lain. jadi selepas beberapa tahun, janda ni yang masih cantik mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang ketiga. dia lantas mengiklankan diri untuk mencari jodoh ketiganya. si janda tu meletakkan 3 syarat:

1. lelaki tu mesti berjanji tak akan
memukul atau mendera
2. lelaki tu tak akan lari meninggalkan dia
3. hebat di ranjang

so, selang beberapa hari , dtg sorang
mengetuk pintu dengan kuat. lalu si janda tu pun bukak pintu. alangkah terkejutnya dia bila yang datang tu tak berkaki dan bertangan.

"saya datang untuk cuba nasib jadi
isteri awak" kata si lelaki kudung tu.
Lalu si janda tu meminta si lelaki tu untuk menjelaskan kalau dia dapat memenuhi 3 syarat seperti dalam iklan.

Lalu laki tu berhujah: "syarat yg
pertama, dah tentu saya dapat penuhi disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul awak"

"Syarat yang kedua, mana mungkin
saya akan tinggalkan awak disebabkan saya tidak ada kaki untuk berlari"

"Jadi syarat yang ketiga tu
bagaimana nak buktikan " celah si janda tu.

"Eeerrrrr, cuba awak fikir. tadi
saya ketuk pintu dengan apa" ujar lelaki kudung tu dengan bangga.

Fikir2 lah sendiri ekkkk!!!!!!!

Friday, July 3, 2009

Teka-Teki...

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
"Murid 1 = " Orang tua "Murid 2 = " Guru "Murid 3 = " Teman "Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185)

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
"Murid 1 = " Negeri Cina "Murid 2 = " Bulan "Murid 3 = " Matahari "Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama"

Iman Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini ?
"Murid 1 = " Gunung "Murid 2 = " Matahari "Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI="Apa yang paling berat didunia?
"Murid 1 = " Baja "Murid 2 = " Besi "Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifahpemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini ?"Murid 1 = " Kapas"Murid 2 = " Angin "Murid 3 = " Debu "Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
"Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Thursday, July 2, 2009

alah bisa tegal biasa


mata tak mengantuk bila malam. boleh tahan sampai pagi kalau buat keje. walaupon usia dah menjangkau separuh abad tapi mataku masih tahan berjaga. macam mata burung hantu kata wife aku. mungkin dah biasa keje sampai malam dulu. banyak dateline. dulu semasa masih keje memang suka buat keje waktu malam. idea pon banyak terkeluar waktu malam. pernah buat editing short movie sama anak2 sampai pagi. sekarang dah pencen pon masih sama jugak. tak penah tido awal. ada jugak cuba golek2 sebelum tido. nak manja2 dulu mata kunon. tak jugak boleh terlelap. susah yer kalau dah terbiasa camtu.

hanya komputer jadi teman sekarang. dulu boleh gak buat keje. nasib baik ada internet. itulah penghibur pengganti keje. boleh la berjaga sampai mengantuk. nak cari projek macam dulu keje waktu malam susah sekarang. ada jugak buat sikit2 editing minggu lepas. seronok jugak buat keje tu. rasa macam keje balik. yang bestnya mata tetap tahan tak mengantuk.

bersyukur pada tuhan kerana memberi kelebihan itu kepada aku. pada sesiapa nak menuntut ilmu berjaga malam boleh hubungi aku. yuran percuma. takde pengkeras.

Sunday, June 28, 2009

kehidupan yang sebenar

2.40am

terpaku...terpinga2 aku bila disergah tanpa bersedia
nak menjawab takut terlanjur
hati berdebar sekuat halalintar
terketar-ketar kaki dan tanganku menahan kesesakan
bertubi-tubi soalan menuduh

perlukah aku menjawab
perlukah aku menegakkan benang yang basah
perlukah aku menguraikan satu persatu maksud apa yang tersirat
perlukah aku...perlukah aku...

aku hanya inginkan kita sekeluarga bersatu
jangan berpecah belah kerana saling tak menghormati sesama kita
saling berdengki-dengki sesama kita
saling tak menghormati sesama kita
saling tuduh menuduh sesama kita

aku bukan hipokrit...
aku bukan penghina...
kadang-kadang orang sahaja taknak faham apa perasaan aku
taknak faham apa aku luahkan...
itu lah survival kehidupan
hidup pasti dengan ranjang2 survival
aku akan terus meredah ranjang2 walaupon sukar dan pahit untuk di lalui
itu adalah survival kehidupan aku...

semoga Allah selamatkan dan beri rezeki yang terbaik kepada mereka yang akan lalui liku2 survival seperti aku....

Saturday, June 27, 2009

perutusan khas ABAH sempena hari bapak sedunia

qwekkk...qwekkk...qwekk...kedengaran bunyi tangisan pertama bila keluar dari perut ibu. itu lah perjanjian kita dengan Allah SWT. Dia memberi kita 2 opsyen. nak kembali kepadanya atau nak hidup di dunia yang serba serbi ada. majoriti memilih keduniaan. kita pon terima cabaran Allah dengan menangis...teriak sekuat2 hati kita bahawa kita terima sahutan dan cabaranNya untuk survival sampai akhirhayat kita.

maka lahirlah anak2ku untuk menyabung survival dan untuk menjadi seorang yang di panggil manusia. masa itu kamu masih suci. sesuci embun pagi. kamu tak mengerti arti kesusahan. kamu hanya mampu menangis apabila lapar. menangis apabila terasa badan kamu sakit. senyum ketawa bila di kamu dibelai...bila kamu dimanja2kan...hanya ibu dan bapa disamping kamu...kasihsayang ibubapa tidak berbelah bagi. itu adalah kewajipan ibubapa. bukan satu paksaan untuk menjaga kamu. ia berlaku semula jadi. tanggungjawab ibu menjaga kamu sentiasa sihat. menyusu kamu supaya tak kelaparan. dibelai kamu seperti nyawanya sendiri. tanggungjawab bapa mencari rezeki pagi dan malam. semua untuk sekeluarga. untuk kamu sekelian membesar. bukan untuk dirinya tapi untuk melihat anak2nya hidup. hidup hingga menjadi perwarisnya. itulah harapan bapa.

hari demi hari...bulan demi bulan dan tahun demi tahun kamu membesar. bermulalah kehidupan survival kamu untuk kenal arti kehidupan dunia sebenar. kamu mula bersekolah. penuh dengan rintangan...keseronokan...kebosanan...dimasa itu. tanggungjawab ibubapa tetap sama. mempergandakan usaha mencari rezeki semata2 untuk kamu. untuk kamu setanding dengan kawan2 kamu. semua bapa didunia ada perasaan ini. hanya nak melihat anak2nya menjadi manusia yang sempurna. walaupon harus menyabung survival yang susah. bapa tak akan tunjuk kepada anak2nya dia susah. rezeki tetap ada walaupon kais pagi makan pagi...kais petang makan petang...

kini kamu sekelian dah besar. dah tahu asam garam survival. tapi kamu masih lagi dalam perhatian ibubapa. mengalirlah bermacam2 darah dalam badan kamu. dalam jiwa kamu. rasa hormat dan menghormati sesama keluarga...rasa hormat kepada ibubapa sudah di disiplinkan semasa kamu kecil lagi. kini kamu tetap diri kamu dan masih mencari-cari kejayaan untuk kamu survive. teruskan hidup sampai kamu dapat apa yang kamu hajatkan. ibubapa tetap bersama kamu. tanggungjawab ibubapa tak akan berkubur sehingga mereka di kuburkan. harapan ibubapa sebenarnya adalah untuk melihat anak2nya penuh dengan disiplin dan selalu ingat pada Allah. selalu bersyukur apa ada sekarang. hormat ibubapa. hormat sesama keluarga. hormat kawan2. hormat orang lain. buat seperti apa yang kamu lihat ibubapa lakukan semasa kamu kecil. biar darah ibubapa mengalir dalam diri kamu. biar ia menjadi darah daging kamu. buat secara semulajadi. jangan hipokrit. hiduplah secara sederhana...

akhirkata...harapan bapa adalah untuk melihat kamu menjadi manusia yang sempurna. pengalaman kamu berguna untuk bakal anak2 kamu nanti. kamu akan menjadi ibu dan bapa nanti. hidup ini macam roda. titik permulan akan bertemu kembali. semuanya sama. tak ada yang berlainan. itulah kehidupan. itulah yang kita janji pada Allah semasa kita lahir.

semoga kamu selalu menghormati dan ingat abah dalam hati dan jiwa kamu. semoga keluarga kita tak akan berpecah belah. sentiasa bersama hingga ke anak cucu...inysalah.


Monday, June 15, 2009

penyoal vs aku

soalan-soalan yang terkedu dan menyusuk hati nak jawab.

penyoal : nak kemana?
aku : nak keluar kejab
penyoal : jumpa sapa? pukul berapa balik?
aku : (dalam hati issh banyak pulak soal)

penyoal : kau kenal tak pompuan ni?
aku : sapa dia
penyoal : pompuan yang cakap sayang
aku :ooohhh yang tu...tak kenal pon dia sapa
penyoal : kenapa tipu dan main belakang...benci dan sedih
aku : jangan tuduh melulu...periksa dulu
penyoal : sudahlah...malu dengan kawan2...kenapa buat camni?
aku : (diam terkedu tak reti nak cakap apa2 lagi)

penyoal : sms sapa tu
aku : kawan
penyoal : sapa? mesti pompuan ni
aku : kawan laa
penyoal : tak percaya la...mesti pompuan ni
aku : (dalam hati isshhh camni pon masih tak percaya lagi)

penyoal : apa buat dalam bilik air lama2
aku : berak taik keras
penyoal : berak ke main sms
aku : berak laaaa
penyoal : tipu...bukan berak...mesti main sms
aku : (diam terkedu...perut sakit balik...)


Sunday, June 14, 2009

antara palsu dan kebenaran

adakah aku hidup dalam dunia kepalsuan atau kebenaran? kadang2 terasa hina bila orang kata aku ni penipu...aku mempermaikan orang...aku tak jujur dalam kata2 dan perbuatanku bila aku fikir aku dah mula bosan dengan semua kerenah ini. apakah mereka nak lagi aku buat...apa lagi mereka nak menduga akan kesetian aku. aku dah biol memikirkan ni semua. aku buat keputusan tak nak lagi fikir benda2 camni. ni akan membuat otak dan badan aku menjadi lemah. banyak lagi benda2 yang berfaedah aku kena buat.
yang paling aku benci dalam hidup seharian aku adalah orang yang hipokrit. orang yang suka menyamar untuk mencari kelemahan aku...untuk mencari sapa aku sebenarnya...untuk menduga keimanan aku...untuk mencari kesalahan aku. aku tak akan maafkan orang2 seperti ini.
aku dah beri segala kepercayaan yang ada pada diriku. segala-galanya aku rasa. hingga roh aku pon aku dah berikan untuk dinilai. tapi hampa. hampa ku rasa. masih tak ada 'value' apa yang aku telah berikan. itu lah kehidupan. manusia tak akan rasa dirinya cukup. manusia tak akan berterima kasih pada tuhan. manusia tak akan bersyukur nikmat tuhan. manusia akan mencari2 kehinaan, kekufuran, kesilapan orang lain untuk memuaskan nafsu dirinya...
aku fikir semua ini. apa akan aku buat selepas ni hanya aku akan menentukan. aku tak akan berundur lagi. aku akan maju kedepan. hidup ini mesti diteruskan walaupon tinggal berapa langkah untuk ku sampai di sisiMU. aku sentiasa berdoa hidup mu lebih tenang tanpa anasir2 yang kau angap akan membunuh jiwa mu. jangan kau undur lagi...terus hidup dengan tenang.

Thursday, June 11, 2009

kerja dan harapan

aku tengah menyiapkan projek video biodisel. dalam proses penyuntingan dan dah sedia untuk di previewkan. hari ini mereka preview. ada sedikit kena baiki. perkara biasa dalam membuat video. dulu semasa aku kerja sepenuh masa...aku rasa begitu sibuk terperuk dalam studio. siang malam tak ingat nak berhenti. kerja sampai pagi kadang-kadang tu. entah kenapa aku jadi camtu. mungkin aku rasa lebih komited dalam tanggungjawab terhadap pekerjaan ku. aku seronok berada dalam studio. seronok bau studio. seronok lihat lampu malap dalam studio. aku rasa studio rumah ku. tak ingat nak balik kalau dah dapat idea. tu lah kerja seni macam ni. badan penat...mata mengantuk...semua tak rasa.

tapi sekarang bila aku dah tak kerja sepenuh masa aku rasa lain sikit bila aku buat kerja-kerja ni. relax je. buat dalam 5 jam je sehari. tak sampai tengah malam. aku boleh siapkan dalam masa 4 hari je. pelik kan. mungkin masa sekarang banyak relax...free...tak fikir yang lain-lain. masa kerja sepenuh masa dulu banyak kerja-kerja lain kena buat gak. tapi sekarang hanya tumpu kepada satu je. mungkin sebab tu kot. orang lain pon tak ganggu. mereka beri sepenuh kebebasan pada aku. mula dari prepost hingga ke post production. mereka hanya tengok bila aku kata dah siap untuk preview. aku dapat rasa begitu relax dan tenang. seronok kalau selalu camni. tak ada pressure.

dalam masa aku editing tiba-tiba aku terima call dari sebuah syarikat yang aku ada apply berkerja disana. dah lama mereka tak contact aku. aku ingat dah tak ada peluang lagi. rupa-rupanya mereka masih menunggu jawapan aku. menunggu keputusan medical checkup aku. mereka kata kena buat medical checkup dan check darah. doktor yang nak buat report pon tunggu aku. aku jadi keliru sekarang. nak kerja atau bisnes sendiri. aku berjanji minggu depan buat medical checkup. tapi aku kena fikir semasak2 sebelum buat keputusan ini sebelum minggu depan.

mungkin ada orang yang boleh beri pendapat dan semangat. aku harap feedback dari kamu semua.

Wednesday, June 3, 2009

standbye...camera...action

hari isnin dan selasa aku mula shooting project 'Biodiesel Pilot Plant'. rasa seronok bila mula buat kerja shooting ni. lama aku tak shooting sebab rehat hampir 3 bulan. penat jugak badan2 dan kaki aku. kena panjat plant biodisel setinggi 30 kaki. hilang gian aku kerana dapat jugak job shooting ni...

aku bersama seorang DOP dan penolong kameraman membuat pengambaran dengan penuh dedikasi. mencari sudut2 yang menarik. penuh kreativiti memerah otak untuk mendapat video yang terbaik. DOP yang berpengalaman senang berkerja dengan mereka. segala arahan pasti membuat kita puas hati. terima kasih kepada azizi dan mat. lain kali pasti aku call.

lepas ni masuk post untuk editing. dateline 16 jun. sempat tu untuk siapkan projek ni. harap semua akan berjalan mengikut schedule. semoga dapat lagi projek2 macam ni dimasa depan...insyalah.

Monday, June 1, 2009

kasih dan teladan


sambil layari blog-blog dalam laptop aku tv dihadapan ku menayangkan cerita p ramlee 'anakku sazali'. aku dah menontonnya banyak kali...dah tak terkira tapi mata dan hatiku masih terpaku untuk setia menonton sampai habis. hatiku berkata2 ni lah kasih sayang. erti kasih sayang sebenar.

dari mula cerita ini dah ada kasih sayang. kesetian tak berbelah bagi hingga ke alam perkahwinan. kasih sayang bukan hanya hidup berdua sebagai suami isteri tapi kemesraan, interaksi percakapan, interaksi bersentuhan, persehafaman hati bila ada sesuatu yang berlaku. aku terus berfikir dan hatiku berkata2...ni lah kasih sayang sebenar...

apa yang ditunjukan dalam cerita ini adalah kasih sayang sebenar2nya...kasih sayang yang tidak boleh dilupakan...tidak boleh dibuang...tidak boleh dipisahkan...ia akan bersemadi dalam diri dan hidup kita jika kita ikhlas dengan kasih sayang...jadilah kita kepada hamba kasih sayang. kalau kita rasakan ia betul2 ikhlas maka kasih sayang akan menjadikan hidup kita lebih tenteram dan teratur...

pengorbanan hidup bergantung juga pada kasih sayang yang ikhlas. berkorban apa saja kerana kasih sayang. diakhir cerita ini adalah pengorbanan yang berat kerana kasih sayang. kasih sayang juga perlu pengorbanan yang besar...

anakku sazali adalah cerita pengorbanan kasih sayang...dan akan menjadi teladan kepada kita untuk mengharungi kehidupan kita hingga ke anak cucu kita...

Wednesday, May 27, 2009

kerja oh kerja

dah lama aku tak kerja. hampir 3 bulan duk rumah. aku ambil opsyen pencen awal. lama tak ada kerja badan pon rasa macam sakit2. bangun dah pasti lewat. minggu lepas aku pergi ke tempat lama aku berkerja. mereka nak buat video launching bulan jun ini. mereka tawarkan aku video itu. apalagi terus aku kata setuju. gian gak sebab dah lama sangat tak sentuh2 peralatan produksi video.

esok pagi aku mula shooting. harap2 semua ok. minggu depan mula editing. aku harap lepas ni banyak lagi aku dapat kerja-kerja seperti ini. rasa dah tak larat jadi seorang penggangur.


Saturday, May 23, 2009

Every weakness is a potential strength

When I look back on my life, I realize I've made some whopper mistakes that are all traceable back to my weaknesses.
I felt that my mistakes would forever keep me a failure and prevent me from ever attaining success.
Every weakness is a strength.
I realized,
I failed was simply a indication, in reverse, of the height of success that I could achieve. The reason is because the same energy that leads to failure, a weakness, is the opposite polarity of a strength.
So if you can fail with that energy, then you can jolly well succeed too
- at least you can once you reverse the polarity of that energy...

3 Budak Melayu

3 Budak Melayu tajuk "feature film" diterbitkan oleh anak-anak muda yang kreatif dan penuh dengan semangat seni yang terpendam dalam jiwa mereka...syabas kepada Mamu (tuan direktor) dan tenaga produksi dan juga para pelakun-pelakun yang menjadikan filem ini berjaya...


Aku kesempatan pergi ke FINAS atas jemputan anak bongsu - Ajune untuk pranonton dan sidang media untuk projek filem studen UiTM yang dia terlibat berlakon sebagai salah seorang 3 budak melayu. Setelah menonton filem ini aku anggap apa yang dilayarkan ada mesej...banyak kritikan yang pedas-pedas, direct to the point, keatas industri filem kita...memang aku rasa semua ini realiti...apa yang di layarkan dalam filem ini semua realiti...betul-betul berlaku...filem adalah kepuasan seni kepada yang membuatnya...jalan dan bentuk cerita selari iklas dengan penulis skrip...


Hatta Azad Khan...bagi aku dia seorang yang bebas..bebas berfikir...bebas melakukan apa yang dia rasa kebebasan tu miliknya...dalam filem ini dia menghasilkan skrip yang bebas...dan dia turunkan kepada anak buahnya untuk mengeksploitasi sebebasnya tanpa batasan...tanpa sebarang ganguan...tanpa sebarang dugaan...akhirnya jadilah sebuah filem yang berjaya...aku faham plot-plot cerita hingga tamat...faham kehendak penulis skrip...faham kehendak tuan direktor menyudahkan filemnya dengan sempurna...
Thaniah kepada semua tenaga produksi studen UiTM bagi filem 3 budak melayu ini...Tekun belajar dan mendalami lagi ilmu yang dicurahkan untuk diri dan industri filem kita...pemikiran muda adalah lebih bertenaga...lebih bermaya...lebih menyerlah...lebih kreatif. Buat dan xplore apa saja tanpa had. Filem adalah bebas...pecahkan pemikiran "stereotype"...buangkan idea-adea lapok...tak payah nak ikut stail-stail filem 60an...70an...buangkan. Buat filem yang ada "features". Terokai idea-idea sendiri...xperimen sendiri. Itulah kebebasan berkarya...dan berkarya lah untuk kepuasan diri...jangan berkarya kerana material. Nanti ia akan menjadi filem syiok sendiri...



Monday, May 11, 2009

merdeka PERAK

puas...puas...puas mendengar makahmah putuskan menteri besar perak ds nizar masih mb yang tulin...puas sebab hakim takda kuasa melawan perudangan perlembagaan...memang takada sapa pon yang ada kuasa menukar atau memutar belit yang tertulis dalam perlembagaan negeri perak...sultan pon tak boleh...aku puji hakim yang mengendalikan kes ini...dia peka akan segala undang-undang...syabas...puas aku dengan hakim ini...tapi pm nak buat rayuan pulak...boleh ke? pm tak tahu ke undang-undang tak boleh nak tukar perlembagaan...kita tengok la camana pm nak buat...

yang haram tu patut sedar akan kesilapan. berundurlah...hormat keputusan makahmah...hormat kehendak rakyat...jadi manusia yang mulia...kalau lah zamri dilahirkan sebagai seorang pemimpin dia akan sedar dan insaf diatas apa yang dia lakukan...apa yang dia aturkan dahulu semuanya haram dan terbatal dengan sendirinya...jangan lah nak jadikan yang haram tu halal...buang yang keruh dan ambil yang jernih...kejadian ini adalah untuk rakyat...untuk anak cucu kita...untuk generasi akan datang...tak rugi kalau berundur...jangan lah berlagak macam samseng...insaflah...lagi 3 tahun lawan la balik...pru13 nanti ambil la perak balik...ambil secara bersih...kalau kita iklas semuanya menjadi iklas...

aku harap perak negeri lahir ku akan balik menjadi negeri yang macam dulu...sultan yang perihatin kepada rakyat...menteri besar yang dahulukan rakyat...harap-harap macam tu laaa...

Friday, May 8, 2009

Warna Kehidupan-Mu

Ya Rabbi…
Hidup memang begitu indahnya. Penuh dengan warna-warni. Keindahan, Kebahagian, kepedihan dan kekecewaan. Tapi kenapa warna kepedihan yang selalu menyertaiku. Kadang warna keindahan dapat aku rasakan namun hanya sesaat. Bagaikan pelangi yang muncul dan perlahan menghilang.
Ya Rabbi…
aku pasrah pada-Mu. Jika memang ini sudah takdirku, Aku mohon kuatkanlah hatiku Dari segala warna kehidupan Yang kau berikan padaku. Sifat Manusia terkadang sulit diteka. Namun tolong sedarkanlah sahabat, teman, kekasih yang berada disekitarku. Dan jauhkanlah diriku dari segala tekanan Orang-orang yang menikmati warna kehidupan-Mu.
Ya Rabbi…
Aku mohon dengarkanlah hambamu ini. Aku sedar selama ini aku telah jauh dari-Mu. Tapi aku tak kuasa dengan warna kehidupan-Mu yang kau berikan saat ini.
Ya Rabbi…
Aku hanya bisa memohon dan memohon pada-Mu kerana diri-Mu lah yang dapat menolong aku. Aku sedar semua warna kehidupan yang aku jalani semuanya akan berpulang pada-Mu termasuk diriku

HIJRAH

hijrah aku ke blog baru...
hijrah aku untuk hati...
hijrah aku untuk yang positif...
hijrah aku untuk berubah...

yang pasti aku HIJRAH