Saturday, May 23, 2009

3 Budak Melayu

3 Budak Melayu tajuk "feature film" diterbitkan oleh anak-anak muda yang kreatif dan penuh dengan semangat seni yang terpendam dalam jiwa mereka...syabas kepada Mamu (tuan direktor) dan tenaga produksi dan juga para pelakun-pelakun yang menjadikan filem ini berjaya...


Aku kesempatan pergi ke FINAS atas jemputan anak bongsu - Ajune untuk pranonton dan sidang media untuk projek filem studen UiTM yang dia terlibat berlakon sebagai salah seorang 3 budak melayu. Setelah menonton filem ini aku anggap apa yang dilayarkan ada mesej...banyak kritikan yang pedas-pedas, direct to the point, keatas industri filem kita...memang aku rasa semua ini realiti...apa yang di layarkan dalam filem ini semua realiti...betul-betul berlaku...filem adalah kepuasan seni kepada yang membuatnya...jalan dan bentuk cerita selari iklas dengan penulis skrip...


Hatta Azad Khan...bagi aku dia seorang yang bebas..bebas berfikir...bebas melakukan apa yang dia rasa kebebasan tu miliknya...dalam filem ini dia menghasilkan skrip yang bebas...dan dia turunkan kepada anak buahnya untuk mengeksploitasi sebebasnya tanpa batasan...tanpa sebarang ganguan...tanpa sebarang dugaan...akhirnya jadilah sebuah filem yang berjaya...aku faham plot-plot cerita hingga tamat...faham kehendak penulis skrip...faham kehendak tuan direktor menyudahkan filemnya dengan sempurna...
Thaniah kepada semua tenaga produksi studen UiTM bagi filem 3 budak melayu ini...Tekun belajar dan mendalami lagi ilmu yang dicurahkan untuk diri dan industri filem kita...pemikiran muda adalah lebih bertenaga...lebih bermaya...lebih menyerlah...lebih kreatif. Buat dan xplore apa saja tanpa had. Filem adalah bebas...pecahkan pemikiran "stereotype"...buangkan idea-adea lapok...tak payah nak ikut stail-stail filem 60an...70an...buangkan. Buat filem yang ada "features". Terokai idea-idea sendiri...xperimen sendiri. Itulah kebebasan berkarya...dan berkarya lah untuk kepuasan diri...jangan berkarya kerana material. Nanti ia akan menjadi filem syiok sendiri...



2 comments:

  1. abah, jom buat features. pasal negeri perak. hehe

    perak darul ridzuan,
    negeri indah permai..

    *lagu negeri perak, angah hafal tau.

    ReplyDelete
  2. jom buat...kita mula dgn perjuangan dr burhanuddin...lagu negaraku perak yang punya tau...depa buat national anthem...tgk tu perak jugak negeri yang terbaik...

    ReplyDelete

konspirasi Teoh Beng Hock