Friday, August 28, 2009

soal hati

kita masih berbicara soal hati. masih bertelagah soal perbuatan. perbuatan yang terlarang. perjanjian yang kita telah sepakat. garis panduan yang dilarang telah diputuskan. jangan ulangi dan jauhi dari perkara yang telah dijanjikan.

kita bertelagah lagi. perkara yang diulangi. hati terguris. hati menjadi panas. hati bagaikan mencakar urat-urat jantung bila perbuatan terlarang diulangi. masa tu kita dah takada pertimbangan akal. akal yang normal melonjak keluar ke kulit kepala. seluruh fisikal terikut-ikut lonjakan akal yang dah tak normal. kadang-kadang bila kita fikir masa itu kita menjadi takut. takut akan berlaku kejadian yang tak di ingini tanpa sedar. ya allah tenangkan lah hati kami bila berlaku saat begini.

kita sedar apa yang kita buat. sedar apa yang kita luahkan. sedar apa yang kita tak puas. sedar apa yang kita lalui bersama penuh dugaan. kita juga sedar semua yang berlaku hanya lah perbuatan kita sendiri. kita yang menilai diri kita.

ingatlah pesanan yang telah di gariskan. jangan sesekali langkah garis panduan yang telah diberi. kotakan dalam hati. fikir dahulu sebelum berkata. buat selalu sebagai amalan hidup untuk kita. semoga allah restui perhubungan kita.

3.35am - jumaat

No comments:

Post a Comment

konspirasi Teoh Beng Hock