Monday, September 28, 2009

salam aidilfitri

allahuakbar...allahuakbar...allahuakbar...walilah ilham...
dah seminggu hari raya baru sempat nak mengucapkan dalam blog. hari raya tahun ini aku raya di rumah. tak raya di kampung bersama bonda tersayang. tahun ini aku cuba raya dengan kedua2 famili aku. rasa gembira kerana semua berada disisi ku walaupon masa aku berbagi dua. mungkin ada yang terasa masa dengan mereka tak cukup...aku mintak maaf. ni lah pertama kali dalam hidup aku tak balik kampung. sedih jugak aku rasa kerana tak jumpa bonda pada hari raya. aku tabahkan hati. aku korbankan untuk kedua2 famili aku. rasa okey jugak. aku sedaya upaya membahagikan masa untuk mereka. dalam masa itu ada yang tak puas hati. memang begitulah selalunya kalau taknak faham apa yang kita lalui. aku tetap bersabar.

dalam kegembiraan menyambut aidilfitri yang mulia aku dikejutkan dengan perasaan sungguh hiba. aku menangis. aku bagaikan taknak hidup lagi. aku nak lari jauh dari kenyataan hidupku. aku taknak menyusahkan orang lagi. aku taknak lukakan hati orang lagi. aku jadi merajuk. merajuk yang susah nak dipujuk. kenapa aku jadi camni? mungkin aku sayang pada orang dan tak sanggup kuatkan pendirian ku. itulah aku. tak pandai berpura-pura. ikhlas pada semua yang aku buat. dan aku akan teruskan kejujuran aku sampai aku pandai berbohong. kalaulah mereka hendak aku berpura2 dan berbohong.

aku kesempatan balik kampong pada hari jumaat malam. sebelum bertolak aku singgah rumah abangku di taman kenari kajang. hampir setahun tak berjumpa dengannya sebab dia berkerja di ganu. sebelum sampai rumahnya aku lalu ikut jalan bangi ke kajang. berdebar2 hatiku bila sampai di restoren YUS. tiba-tiba je hati ku berdebar. teringat aku ni lah tempat pertama aku bawa dia bfast. kali pertama kita berjumpa. terasa rindu pulak. melayang2 peristiwa yang teruja dimasa itu. alangkan bestnya kalau di ulangi babak2 itu. entah aku pon tak pasti ia akan berulang lagi.

dapat aku berjumpa bonda tersayang. peluk cium tanda kasih. aku rindu bonda aku. dia tak sehat. kakinya bengkak. kesian tengok dia. kurus badannya. kali ni aku berjanji selalu menjengok dia. insyalah.

kepada anak-anakku semua "SELAMAT HARI RAYA" maaf zahir batin.

3 comments:

  1. nanti kita balik lagi lawat opah. :)

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut hari raya haji yang akan tiba buat seisi keluarga dari kami..percutian semakin hampir bila cuti sekolah..

    ReplyDelete
  3. Restoren YUS akan tetap menjadi kenangan kita berdua disini lah tempat kali pertama kita bersarapan bersama bila pulang dari Dubai.entah bila kenangan itu akan berulang lagi.

    ReplyDelete

konspirasi Teoh Beng Hock