semalam aku berkejar ke lebuhraya seremban-kl kerana kereta anak pancit. sampai disana aku pun terus nak buka tayarnya. tapi malang nut pada tayar tu lain jenis. guna kepala allenkey. macam mana nak buka tayar ni. fikir-fikir punya fikir, tiba-tiba muncul seorang mamat nak tolong. aku fikir mamat ni tukang tukar tiub motor yang rosak kat lebuhraya. kalau dia ikhlas nak tolong apasalahnya. dia mula buka nut tayar. aku pon ambil tayar spare pesona ku. malang lagi, tak boleh masuk. lubang nut tak sama. berfikir lagi macam mana nak buat. tiba-tiba muncul Abang Ngah. alhamdulilah kepada Allah. semua kehendaknya. dia nak ke kl dan nampak kereta aku lalu dia berhenti. terus aku minta guna tayar spare MYVI dia. mamat yang tadi aku nampak nak balik. aku pon tanya berapa upah kerja dia buat. dia minta 20ringgit. oohhMAK!!! mahalnya. buka screw pon minta sebanyak tu. aku rasa dia tak ikhlas. aku fobia dengan orang macam ni. aku cakap hanya boleh bagi 10ringgit jer, berdasarkan kudrat yang dia buat. dia protes dengan macam-macam alasan. aku tetap dengan pendirian ku. aku cakap dia datang dengan suka rela. aku tak jemput pun. mungkin bosan dengan perangai aku dia minta 15ringgit. aku tetap dengan pendirian 10ringgit. dengan muka yang berkerut dia hulurkan tangan minta 10ringgit dari aku. aku bagi...dengan lagaknya dia KOYAK duit 10ringgit depan mataku tanda protes. tergamam aku. dalam hati ada juga orang MELAYU macam ni dalam dunia sekarang. rezeki tuhan bagi tak kira berapa dia buang jer.
lepas kejadian itu aku berfikir. segala kerja kita buat hendaklah IKHLAS seikhlasnya. ikhkas pada diri sendiri, pada orang dan pada ALLAH. jangan kita menyesal menolong orang dan minta balasan darinya. jika dah IKHLAS, buatlah dengan IKHLAS.
terima kasih kepada abang Ngah kerana banyak menolong. bagi aku abang Ngah tolong dengan IKHLAS. berpeluh-peluh dia memasang tayar. dia beri banyak idea untuk selesaikan masalah kami hadapi. akhirnya sempurna kerja-kerja menukar tayar itu. terima kasih banyak-banyak ABANG NGAH.

No comments:
Post a Comment