Saturday, October 1, 2011

carcamarba

carcamarba...
otak dan jiwa jadi carcamarba. banyak perkara yang berlaku. semua tak jadi. tak tentu haluan. mungkinkah jiwaku hitam hatiku hitam. tak sebersih orang yang warak. mungkin dosa-dosa aku belum tertebus. mungkin. pada ALLAH selalu meminta supaya dosa-dosaku diampun. masih menunggu.

semua yang dirancang jadi carcamarba. rezeki datang. seronok tak terkira. alhamdulilah kepada ALLAH. gembira hanya sebentar. bukan rezeki aku. mungkin rezeki orang lain. terkilan dengan apa yang menimpa. untuk memujuk diriku selalu aku berkata-kata..."takperlah aku redho" itulah selalu aku ucapkan. sejuk jugak hatiku. aku tetap berusaha untuk hidup. untuk menyara. walaupon kais pagi makan pagi kais petang makan petang aku tetap berusaha. rezekiku akan ku kongsi walaupon aku takde apa2. kadang-kadang aku percaya icon bintang aquarius aku. lambang seorang mencurah air dari pasu air kebawah. itulah aku. jiwa aku. perangai aku. aku lebih suka tengok orang lain gembira. biarkan aku takde apa2. mungkin telah ditakdirkan ALLAH begini. alhamdulilah.

carcamarba...
aku mencari-cari bagaimana nak uruskan diriku supaya sempurna. sempurna zahir dan batin. aku mengharapkan ada orang yang bersamaku meluruskan jiwaku yang carcamarba ni. buat masa ni tak nampak sesuatu bayang pon. biarkan aku cuba uruskan diriku sendiri dulu. semoga ALLAH merestui jalan yang aku pilih.

1 comment:

  1. kehidupan seseorang ada hala tujunya tapi yg penting kita kena tulus dan yakin pd diri sendiri apa yg dilakukan kena berani ada masa segala usaha kena kuat nescaya kita pasti berjaya.menuju pada tangga kejayaan kena ada keberanian..sabar..yakin pd diri kerana kita mengharapkan sebuah syarikat menerima kita dgn kepercayaan..sesuatu perniagaan kita harus bermula dari bawah kita harus menenali seorang dulu kita harus ikut rentak mereka dan kenal byk jenis manusia dan merendah diri kita baru kita tahu adat resam sebuah perniagaan...

    orang sekeliling sentiasa ada bersama-sama anda tiada seorang pun yg tiada disisi pasti ada tp harus percaya dan yakin jgn sekali kita lemah.jgn kita anggap diri kita lemah utk menuju kejayaan..setiap orang ada keegoannya..sentiasa doa agar allah memberi rezeki pada keluarga-keluarga..jangan sekali lemah dlm bidang perniagaan..insyallah pasti berjaya...

    ReplyDelete

konspirasi Teoh Beng Hock