adakah aku hidup dalam dunia kepalsuan atau kebenaran? kadang2 terasa hina bila orang kata aku ni penipu...aku mempermaikan orang...aku tak jujur dalam kata2 dan perbuatanku bila aku fikir aku dah mula bosan dengan semua kerenah ini. apakah mereka nak lagi aku buat...apa lagi mereka nak menduga akan kesetian aku. aku dah biol memikirkan ni semua. aku buat keputusan tak nak lagi fikir benda2 camni. ni akan membuat otak dan badan aku menjadi lemah. banyak lagi benda2 yang berfaedah aku kena buat.
yang paling aku benci dalam hidup seharian aku adalah orang yang hipokrit. orang yang suka menyamar untuk mencari kelemahan aku...untuk mencari sapa aku sebenarnya...untuk menduga keimanan aku...untuk mencari kesalahan aku. aku tak akan maafkan orang2 seperti ini.
aku dah beri segala kepercayaan yang ada pada diriku. segala-galanya aku rasa. hingga roh aku pon aku dah berikan untuk dinilai. tapi hampa. hampa ku rasa. masih tak ada 'value' apa yang aku telah berikan. itu lah kehidupan. manusia tak akan rasa dirinya cukup. manusia tak akan berterima kasih pada tuhan. manusia tak akan bersyukur nikmat tuhan. manusia akan mencari2 kehinaan, kekufuran, kesilapan orang lain untuk memuaskan nafsu dirinya...
aku fikir semua ini. apa akan aku buat selepas ni hanya aku akan menentukan. aku tak akan berundur lagi. aku akan maju kedepan. hidup ini mesti diteruskan walaupon tinggal berapa langkah untuk ku sampai di sisiMU. aku sentiasa berdoa hidup mu lebih tenang tanpa anasir2 yang kau angap akan membunuh jiwa mu. jangan kau undur lagi...terus hidup dengan tenang.
No comments:
Post a Comment