Monday, June 1, 2009

kasih dan teladan


sambil layari blog-blog dalam laptop aku tv dihadapan ku menayangkan cerita p ramlee 'anakku sazali'. aku dah menontonnya banyak kali...dah tak terkira tapi mata dan hatiku masih terpaku untuk setia menonton sampai habis. hatiku berkata2 ni lah kasih sayang. erti kasih sayang sebenar.

dari mula cerita ini dah ada kasih sayang. kesetian tak berbelah bagi hingga ke alam perkahwinan. kasih sayang bukan hanya hidup berdua sebagai suami isteri tapi kemesraan, interaksi percakapan, interaksi bersentuhan, persehafaman hati bila ada sesuatu yang berlaku. aku terus berfikir dan hatiku berkata2...ni lah kasih sayang sebenar...

apa yang ditunjukan dalam cerita ini adalah kasih sayang sebenar2nya...kasih sayang yang tidak boleh dilupakan...tidak boleh dibuang...tidak boleh dipisahkan...ia akan bersemadi dalam diri dan hidup kita jika kita ikhlas dengan kasih sayang...jadilah kita kepada hamba kasih sayang. kalau kita rasakan ia betul2 ikhlas maka kasih sayang akan menjadikan hidup kita lebih tenteram dan teratur...

pengorbanan hidup bergantung juga pada kasih sayang yang ikhlas. berkorban apa saja kerana kasih sayang. diakhir cerita ini adalah pengorbanan yang berat kerana kasih sayang. kasih sayang juga perlu pengorbanan yang besar...

anakku sazali adalah cerita pengorbanan kasih sayang...dan akan menjadi teladan kepada kita untuk mengharungi kehidupan kita hingga ke anak cucu kita...

No comments:

Post a Comment

konspirasi Teoh Beng Hock